Sunday, December 4, 2011

Resepi Pizza Home Made


Sumber: ubahsuai dari tulip77 (My resepi)

Bahan2:
          Utk doh pizza
 2 cawan tepung gandum
 2 sudu teh yis segera
 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 sudu minyak zaitun
1/2 cawan air suam utk uli tepung
          Utk sos pizza
1 biji bawang besar-cincang halus
3 ulas bawang putih-cincang halus
2 biji tomato-cincang halus
2 sudu minyak masak
3 sudu tomato puri
2 sudu sos tomato
1 sudu  gula
1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh garam
          Utk topping
Udang, sosej, lada benggala hijau, merah,kuning
cendawan butang, bawang besar, nenas dan keju.
(toping boleh pelbagai. boleh letak ayam cincang, daging cincang,
bebola,udang n others... ni buat versi seafood)

Cara-cara buat sos pizza:
-tumis bawang hingga naik bau. masukkan bhn2 yg lain.
  masak sampai agak pekat. tutup api dan sejukkan.

Cara-cara:
1. Uli tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak dalam mangkuk.
    Air suam masuk skit2..uli hingga doh jadi lembut & tidak lekat kat
    tangan.(air boleh tambah kalau tepung belum masih nampak mcm x cukup air)
2. Masuk doh dlm bekas besar yg dah disapu dgn sedikit minyak.
    Tutup bekas dgn plastik cyling.
3. Simpan doh selama 60 minit supaya doh naik sekali ganda.
4. Masukkan doh yg dah dicanai setebal 2cm (agak2 je) ke dlm loyang.biar 10 minit.
5. Cucuk adunan dgn garpu di permukaan doh tadi.
6. Sapu sos pizza.
7. Parut sedikit keju,tabur dipermukaan doh, letak toping yang dah siap dipotong.
    Ikut selera sendiri. Kemudian tabur lagi keju diatas toping tadi.
8. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 200 degree.


Begitulah caranye.....resepi asal dari tulip77 (My resepi).(tq ye miss tulip77)antara resepi
pizza yg paling mudah la setakat ni..bila dah buat sekali,nanti kreativiti tu dtg sendiri nak pelbagaikan...selamat mencuba ye....

No comments:

Post a Comment